Maal Hijrah 1437

Salam Maal Hirah 1437H

 

     Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

       Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W, ianya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan dari para sahabat untuk penetapan Tarikh bagi madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

      Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama tauhid di mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam sampai kepada seluruh dunia.

    Tema Maal Hijrah 1437H pada tahun ini ialah "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"  di malaysia umat islam akan merayakan Awal Muharaam atau sambutan tahun baru dalam takwin Islam pada hari Rabu 14 Oktober 2015 bersamaan dengan 1 Muharaam 1437H . Untuk memeriahkan lagi smabutan Maal Hijrah, Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan turut mengadakan sambutan pada hari Selasa 13 Oktober 2015 bertempat di Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan dan antara tentatif yang ada ialah:

 

poster