bulan rahmadan
Pada Bulan ini Allah menurunkan rahmat-Nya melalui Ramadhan. Dimana kita dapat mendapatkan pahala, rahmat, hidayah dan ampunan-Nya. Dan Juga merupakan bulan yang melipat gandakan pahala.
Ramadan adalah bulan kesembilan dalam Kalender Islam dalam bulan ini umat muslim melakukan aktiviti seperti berpuasa, solat tarawih, peringatan bahawa turunnya Al-Quran, mencari malam Lailatul Qadar, serta memperbanyak membaca Al-Quran, membayar zakat fitrah dan diakhiri dengan merayakan Aidil Fitri atau hari kemenangan.
Bulan Ramadhan dapat disebut sebagai Syahrut Tarbiyah atau Bulan Pendidikan untuk menjaga kesihatan tubuh kita dengan makan secara teratur. Atau kita diajarkan agar dapat mengatur waktu makan, waktu bekerja, waktu istirehat dan waktu ibadah. Jadi, pendidikan itu berhubungan langsung dengan penataan kembali kehidupan kita di segala bidang. Namun ujian yang paling berat adalah berjihad melawan hawa nafsu sendiri. Kerana bulan Ramadhan sering disebut sebagai Syahrul Jihad dengan fokus pada pengendalian hawa nafsu diri sendiri.