Aluan Penggawa

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Desasiswa Jaya Lembaran Utama, JLU. Desasiswa JLU merupakan gabungan tiga buah desasiswa sebelum ini di Kampus Kejuruteraan. Ia terdiri daripada 7 buah blok  yang menawarkan penginapan kepada pelajar ijazah pertama (blok SH4, SH5 & SH6 untuk lelaki dan blok SH2 & SH3 untuk wanita) serta pelajar ijazah lanjutan (blok Utama untuk lelaki dan blok SH1 untuk wanita). Matlamat kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan pelajar untuk membangunkan potensi akademik serta kualiti peribadi dengan memupuk kecemerlangan individu bersama penyertaan dalam pelbagai aktiviti akademik, kebudayaan, sosial dan sukan di dalam universiti mahupun ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengurusan JLU Desasiswa dipertanggungjawabkan kepada Penggawa yang merupakan ahli akademik yang memegang kedudukan Penggawa sebagai jawatan kedua dan dibantu oleh lima orang Penolong Penggawa. Operasi pejabat desasiswa pula diuruskan secara sepenuh masa oleh dua orang Penolong Pegawai Tadbir serta pasukan mereka. Kegiatan pelajar kebanyakannya dikelola atau dijalankan oleh Majlis Penghuni Desasiswa, MPDJLU dengan bimbingan dan pemantauan Penolong Penggawa. Selain itu, kami juga berusaha untuk memastikan aspek keselamatan terjamin serta menyediakan kemudahan terbaik yang kami mampu tawarkan.

Pihak pengurusan Desasiwa JLU komited untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam membuat keputusan bagi membangunkan pemimpin masa depan yang dapat berjaya berunding dengan cara mereka sendiri dalam dunia yang semakin kompleks dan cepat berubah. Seterusnya, kami berusaha sebaik-baiknya untuk melengkapkan pennghuni desasiswa dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya secara profesional dan secara peribadi dalam komuniti, negara dan warga dunia.

Selamat maju jaya.

MAJOR TS. DR. MOHD HAZIZAN BIN MOHD HASHIM
Penggawa
Desasiswa Jaya Lembaran Utama